- Belajar membina perkataan dengan betul menggunakan suku kata atau huruf
- Mengukuhkan kemahiran membaca dan ejaan
- Menambah kosa kata asas murid
Cara Bermain:
A. Dengan penggunaan papan permainan bergambar
- Semua huruf abjad dicampurkan dan terbalikkan menghadap ke meja
- Setiap pemain mengambil lima biji huruf abjad
- Pemain pertama memilih dua biji huruf abjad dan meletakkan atas petak huruf yang sepadan, sama ada :
- Huruf pertama dan kedua untuk perkataan yang sama; atau
- Huruf pertama untuk dua perkataan yang berlainan
- Pemain boleh mengambil dua biji huruf abjad dari kolam huruf selepas meletak. Pastikan setiap pemain sentiasa mempunyai lima biji huruf dalam tangan
- Permainan berterus dengan pemain lain mengambil giliran untuk meletakkan dua biji huruf
- Jika salah seorang pemain gagal untuk meletakkan huruf, dia perlu menukarkan biji huruf dari kolam tetapi dia tidak dibenarkan meletak sebarang huruf sehingga pusingan seterusnya
- Permainan ini berterusan sehingga semua petak telah penuh diletakkan.
- Pemenang adalah pemain yang menpunyai jumlah mata yang terbanyak
B. Dengan penggunaan papan permainan kosong
- Semua huruf abjad dicampurkan dan terbalikkan menghadap ke meja
- Setiap pemain mengambil tujuh biji huruf abjad
- Pemain pertama membentuk satu perkataan dengan huruf abjad yang ada dalam tangan
- Pemain seterusnya mengikut giliran untuk meletakkan satu atau lebih huruf, dengan syarat :
- Secara melintang atau menengak untuk membentuk perkataan
- Berjalin dengan perkataan lain
- Mesti dibaca dari arah kiri ke kanan atau dari atas ke bawah
- Tidak dibenarkan secara pepenjuru
- Nilai mata yang diperolehi akan dicatatkan atas kertas untuk setiap pemain
- Pemenang adalah pemain yang memperolehi jumlah mata yang terbanyak
Helpful Links
- FAQ
- Privacy Policy
- Terms Of Service
- Returns & Replacement Policy
- Shipping Policy
Our Newsletter
Sign up our newsletter to get the newest update from us!
Copyright © Sukami (M) Sdn Bhd – All Rights Reserved | Powered by Web Design Malaysia

















